Thursday, November 11, 2010

Kisah Dia

Syauqi beranggapan dengan menjarakkan hubungan mereka dan serahkan segalanya pada Allah, semuanya akan baik-baik sahaja. Tapi, ternyata percaturannya itu silap. Dia terlupa dengan siapa percaturan itu dibuat. Tak mungkin Qis memaafkannya dengan mudah setelah apa yang berlaku. Betapa dia ingin memutar kembali masa pada ketika Qis masih 'sejuk' dengannya. Qis, bukanlah mudah untuk didekati. Jinaknya seperti merpati. Tapi, semangatnya membara tanpa kenal erti kalah.

"Qis. Boleh kita kawan?" soal Syauqi secara tiba-tiba. Padahal gadis itu baru sahaja dikenali namanya dari teman sekelasnya Zaid. Qis dan Syauqi  berada dalam tingkatan yang berbeza. Qis merupakan junior darinya satu tahun.

Kali pertama Syauqi melihat gadis itu ketika pertandingan mendeklamasikan sajak antara rumah sukan. Qis mewakili rumah Merah mendeklamasikan sajak yang bertajuk 'Persinggahan' itu menarik hatinya untuk terus mengenali gadis itu. Berdasarkan maklumat yang didengarinya, Qis merupakan seorang yang dingin apabila berhadapan dengan mana-mana lelaki. Boleh dibilang berapa kali Qis berkomunikasi dengan lelaki.

"Awak siapa nak kawan dengan saya?" balas Qistina tanpa sedikitpun menoleh pada Syauqi. 

Dia masih tekun menyiapkan tugasan yang diberi oleh Cikgu Adam. Masa semakin suntuk. Dia tidak mahu nanti hasil tugasan yang disiapkan main aci redah sahaja. Itu bukan sikap dia. Kalau boleh dia mahu tugasan itu sempurna. Sempurna dari semua segi. Memang tidak ada satu pun di dunia ini yang sempurna melainkan Allah. Tapi, sempurna yang dia maksudkan bukanlah kerja yang main lepaskan batok di tepi tangga.


"Saya senior awak. Takkan senior tak boleh nak kawan dengan junior pulak?" perlahan Syauqi membalas.

Risau kalau Qistina menolak huluran persahabatan darinya. 

"Saya tak kawan dengan orang yang saya tak kenal."

Dengan pantas Qistina berlalu meninggalkan Syauqi terpinga-pinga dengan jawapannya. 

'Ah! Pedulikan,' getus Qistina dalam hatinya.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.

1 message received

+601223*****

Qis, mana ni? Cepatlah datang kelas.
Prof Salam tak masuk lagi. 
Pukul 9.00 baru mula kelas.


Pantas dia membalas mesej Eda.

Ya lah. Aku tengah siap ni. Jumpa nanti.


No comments:

Post a Comment