Thursday, February 25, 2010

Kisah Dia

"Eda, ko pergi je la kelas. Nanti tak pasal-pasal ko yang lambat. Aku betul tak nak pergi. Jangan ko tanya kenapa. Thanks sebab tak jemu-jemu kejutkan aku dari tadi. Tapi, aku betul-betul tak nak pergi,a" sambung Qistina lagi.

Dia sendiri tak tahu apa punca yang tiba-tiba mematahkan semangat dirinya untuk pergi ke kelas pagi ini. Padahal Prof Salim merupakan lecturer kesayangannya. Ada sesuatu yang mengusik tasik hatinya. SMS yang diterima pagi tadi, betul-betul mengganggu ketenangannya.

1 message received

+60122******

Salam, lama kita tak jumpa, akhirnya saya 
dapat juga cari awak semula. Apa khabar?
Boleh kita jumpa?

Qis bingung. Kenapa setelah hampir sedekad lamanya dia pergi, kini dia menghubunginya kembali. Ingatan itu hampir luput dari kamar hatinya yang dulunya diwarnai indah pancaran pelangi. Setelah hampir 10 tahun tidak bertemu, kini dia kembali. Kembali membawa kenangan lama. Yang dia sedaya upaya cuba lupakan. 

"Maaf, saya rasa berpisah jalan terbaik. Kerana saya tak mahu awak terus terluka dengan saya. Saya takut mengganggu pelajaran awak. Saya mahu kita sama-sama berjaya. Saya tak mahu awak hampakan harapan kedua-dua ibubapa awak yang mahu lihat awak berjaya dalam hidup. Mungkin saya terlalu berterus-terang. Tapi, saya nak awak faham kerana ini adalah yang terbaik buat kita berdua," Syauqi bersuara bagi menerangkan keadaan. 

Dia juga tak mahu perpisahan itu terjadi. Tapi, dia yakin ada hikmah yang tersembunyi di balik semua yang terjadi ini. Dia yakin dengan jani-Nya. Dia mahu mereka berdua berjaya dan sama-sama mencapai cita-cita yang diimpi. Tapi,dalam melakukan semua itu, pasti ada yang harus dikorbankan. Namun, dia tidak peduli akan semua itu, kerana pengorbanan yang dilakukan adalah yang terbaik untuk mereka.