Thursday, November 11, 2010

Kisah Dia

Syauqi beranggapan dengan menjarakkan hubungan mereka dan serahkan segalanya pada Allah, semuanya akan baik-baik sahaja. Tapi, ternyata percaturannya itu silap. Dia terlupa dengan siapa percaturan itu dibuat. Tak mungkin Qis memaafkannya dengan mudah setelah apa yang berlaku. Betapa dia ingin memutar kembali masa pada ketika Qis masih 'sejuk' dengannya. Qis, bukanlah mudah untuk didekati. Jinaknya seperti merpati. Tapi, semangatnya membara tanpa kenal erti kalah.

"Qis. Boleh kita kawan?" soal Syauqi secara tiba-tiba. Padahal gadis itu baru sahaja dikenali namanya dari teman sekelasnya Zaid. Qis dan Syauqi  berada dalam tingkatan yang berbeza. Qis merupakan junior darinya satu tahun.

Kali pertama Syauqi melihat gadis itu ketika pertandingan mendeklamasikan sajak antara rumah sukan. Qis mewakili rumah Merah mendeklamasikan sajak yang bertajuk 'Persinggahan' itu menarik hatinya untuk terus mengenali gadis itu. Berdasarkan maklumat yang didengarinya, Qis merupakan seorang yang dingin apabila berhadapan dengan mana-mana lelaki. Boleh dibilang berapa kali Qis berkomunikasi dengan lelaki.

"Awak siapa nak kawan dengan saya?" balas Qistina tanpa sedikitpun menoleh pada Syauqi. 

Dia masih tekun menyiapkan tugasan yang diberi oleh Cikgu Adam. Masa semakin suntuk. Dia tidak mahu nanti hasil tugasan yang disiapkan main aci redah sahaja. Itu bukan sikap dia. Kalau boleh dia mahu tugasan itu sempurna. Sempurna dari semua segi. Memang tidak ada satu pun di dunia ini yang sempurna melainkan Allah. Tapi, sempurna yang dia maksudkan bukanlah kerja yang main lepaskan batok di tepi tangga.


"Saya senior awak. Takkan senior tak boleh nak kawan dengan junior pulak?" perlahan Syauqi membalas.

Risau kalau Qistina menolak huluran persahabatan darinya. 

"Saya tak kawan dengan orang yang saya tak kenal."

Dengan pantas Qistina berlalu meninggalkan Syauqi terpinga-pinga dengan jawapannya. 

'Ah! Pedulikan,' getus Qistina dalam hatinya.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.

1 message received

+601223*****

Qis, mana ni? Cepatlah datang kelas.
Prof Salam tak masuk lagi. 
Pukul 9.00 baru mula kelas.


Pantas dia membalas mesej Eda.

Ya lah. Aku tengah siap ni. Jumpa nanti.


Thursday, February 25, 2010

Kisah Dia

"Eda, ko pergi je la kelas. Nanti tak pasal-pasal ko yang lambat. Aku betul tak nak pergi. Jangan ko tanya kenapa. Thanks sebab tak jemu-jemu kejutkan aku dari tadi. Tapi, aku betul-betul tak nak pergi,a" sambung Qistina lagi.

Dia sendiri tak tahu apa punca yang tiba-tiba mematahkan semangat dirinya untuk pergi ke kelas pagi ini. Padahal Prof Salim merupakan lecturer kesayangannya. Ada sesuatu yang mengusik tasik hatinya. SMS yang diterima pagi tadi, betul-betul mengganggu ketenangannya.

1 message received

+60122******

Salam, lama kita tak jumpa, akhirnya saya 
dapat juga cari awak semula. Apa khabar?
Boleh kita jumpa?

Qis bingung. Kenapa setelah hampir sedekad lamanya dia pergi, kini dia menghubunginya kembali. Ingatan itu hampir luput dari kamar hatinya yang dulunya diwarnai indah pancaran pelangi. Setelah hampir 10 tahun tidak bertemu, kini dia kembali. Kembali membawa kenangan lama. Yang dia sedaya upaya cuba lupakan. 

"Maaf, saya rasa berpisah jalan terbaik. Kerana saya tak mahu awak terus terluka dengan saya. Saya takut mengganggu pelajaran awak. Saya mahu kita sama-sama berjaya. Saya tak mahu awak hampakan harapan kedua-dua ibubapa awak yang mahu lihat awak berjaya dalam hidup. Mungkin saya terlalu berterus-terang. Tapi, saya nak awak faham kerana ini adalah yang terbaik buat kita berdua," Syauqi bersuara bagi menerangkan keadaan. 

Dia juga tak mahu perpisahan itu terjadi. Tapi, dia yakin ada hikmah yang tersembunyi di balik semua yang terjadi ini. Dia yakin dengan jani-Nya. Dia mahu mereka berdua berjaya dan sama-sama mencapai cita-cita yang diimpi. Tapi,dalam melakukan semua itu, pasti ada yang harus dikorbankan. Namun, dia tidak peduli akan semua itu, kerana pengorbanan yang dilakukan adalah yang terbaik untuk mereka.

Wednesday, January 13, 2010

Kisah Dia

" Qis bangun," gesa Aleeda pada kawannya itu.

Risau betul dia melihat Qis yang enggan berpisah dari katilnya itu. Jam dah menunjukkan hampir 8.15 pagi. Masih berbaki 15 minit sebelum kuliah dimulakan. Aleeda yang telahpun bersiap dari pukul 8.00 pagi masih tidak jemu-jemu membangunkan Qis dari tidurnya. Dia tidak tahu punca yang menyebabkan Qis sukar berpisah dari katilnya. Setahunya, pagi tadi Qis yang mengejutkannya menunaikan solat Subuh. Elok selepas dia berlalu ke bilik air membersihkan diri, Qis kembali tidur.

"Eda, aku malas nak pergi kelas hari ni. Tak ada semangat." Qis akhirnya bersuara setelah kali ke-10 Aleeda memanggil namanya.

"Qis, janganlah macam ni. Ko tak pernah ponteng kelas pun sebelum ni. Bangunlah Qis, aku tunggu ko bersiap. Kita gi sama-sama. Ko tau kan Prof Salim tak kisah masuk lambat pun." Aleeda masih berusaha memujuk Qis untuk ke kelas Consumer Behavior pada pagi itu.